WELCOME TO MY BLOGGER

Salam, kepada semua pengunjung yang lihat my blogspot tu....
jangan lupa ar komen....
kalau ada yang tak suka tu...
harap maaf lah yee..

Sabtu, 26 Februari 2011

Kebaikan Coklat

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Sabtu, 5 Februari 2011

Boroi ler siapa yang makan kat kedai ni.. | wary wanabe

Kepala Dimamah Ulat Akibat Makan Sushi

Salam.
Hari ini aku nak kongsi info yang amat penting untuk korang.
Kepada peminat sushi, korang kena baca info ini. Amat penting untuk korang.
Begitu juga kepada yang nak belajar-belajar makan sushi tu. Maklumlah sesetengah rakyat Malaysia ini mudah terikut-ikut budaya luar. Konon nak bijak macam orang Japan. Setahu aku kalau nak bijak key wordnya kena rajin bukan terikut-ikut budaya orang. Yang baik boleh diikut yang buruk janganla..takkan orang nak makan bangkai korang pun nak tumpang dua kaki. pehal ni?

Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 tahun, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasaldari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikanlaut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).
Aku harap korang ambil ikhtibar dari pendedahan ini. Ada sesetengah orang Japan, Cina dan Mat Salleh mereka akan minum wain selepas makan sushi untuk "memasakkan" sushi ini. Tapi korang jangan buat macam itu terutama sekali yang beragama Islam.

Kepada yang rasa dan cakap " Eh, ni mesti tipu"..lantak korang la. Sesetengah manusia ini tidak boleh ditegur dan di nasihati mulala nak menyeringa macam singa!..kalau rasa it better for u oll teruskanlah..kalau dah tekena..sendiri tanggung la beb!