WELCOME TO MY BLOGGER

Salam, kepada semua pengunjung yang lihat my blogspot tu....
jangan lupa ar komen....
kalau ada yang tak suka tu...
harap maaf lah yee..

Ahad, 1 Mei 2011

penenang jiwa adalah senyum

Hah!!! yg nie bagi sape2 yg nk tenangkan jiwa,
hehe,... bkn sakit jiwa r.., tp peneneng jiiwaa...

wajah yang berseri , bersinar dengan nur dan ceria selalu. ditambah pula dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. alangkah indahnya kehidupan andai diri dikelilingi dengan orang yang mudah tersenyum. sebaik berjumpa sahaja pasangan , senyuman yang menyeri bibir, kemanisan yang menghiasi wajah, hati lantas turut tersenyum riang, jiwa rasa berbunga-bunga. hidup terasa amat bermakna. hanya dengan sekuntum senyuman.
senyuman:

1. MENARIK REZEKI; PEPATAH CINA ADA MENGATAKAN; A MAN WITHOUT A SMILE CANNOT OPEN A SHOP.

2. MENARIK SAHABAT , RAKAN DAN TAULAN. RAMAI ORANG SUKAKAN ORANG YANG MUDAH TERSENYUM DAN SABAR. MURAH SENYUMAN BUKAN SAHAJA MEMBUATKAN SESEORANG MURAH REZEKI TETAPI JUGA MURAH KENALAN.

3. PENYEJUK HATI. ANDAI ORANG SEDANG MARAHPUN BOLEH TEWAS . ISTERI YANG BANYAK TERSENYUM DAN MEMBUATKAN SUAMINYA TERHIBUR DENGAN SENYUMAN DAN KATA-KATA YANG MANIS DAN LEMBUT DARIPADA MULUTNYA ADALAH ISTERI YANG SOLEHAH KERANA KATA NABI, SALAH SATU CIRI ISTERI SOLEHAH ITU, APABILA DIPANDANG WAJAHNYA, HATI MENJADI SEJUK DAN TENANG. WAJAH MANA LAGI YANG MENENANGKAN MELAINKAN WAJAH ORANG YANG SENTIASA TERSENYUM DAN LEMBUT BUDI BICARANYA?

4. HATI IKHLAS. TERSENYUM SELALU MENDIDIK HATI MENJADI IKHLAS. IKHLAS PULA MEMBUATKAN SESEORANG SENTIASA BERSYUKUR BAIK YANG DATANG UJIAN MAHUPUN NIKMAT. LALU HATI MENJADI REDHA. UJIAN AKHIRNYA TURUT DINIKMATI SEBAGAI SALAH SATU NIKMAT KERANA UJIAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA ERTI SABAR, SABAR PULA SANGAT MANIS ANDAI KITA MAMPU MEMPRAKTIKKANNYA TERUTAMA TATKALA HATI SEDANG MEMBARA MARAH.

cubalah senyum selalu. bukan hati orang yang melihat sahaja berbunga riang, hati orang yang tersenyum juga rasa damai kerana senyuman mengeluarkan rembesan hormon dan menstimulasikan kelenjar di bahagian kepala menerbitkan rasa damai dan tenang.

sunyuman itu semurah – murah sedegah. bersedeqahlah selalu sebagai bekalan di sana nanti.
hidup berilmu, ceria selalu.

{anda emosi..? Jom ceriakan hidup} •7 tips

Hemm...
Dah lame sangat sya x buka apatah lagi nak update....
Maklum r anx... bz saaa..ngaaat...
Hai semua, hari nie sye dapat byk info tentang ceriakan diri sendiri, ikut yee...

☻Cube korng bayangkan seseorang yang berwajah ☻ceria☻. senyum selalu. airmukanya manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya membuatkan dia sejuk mata memandang.
Bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati kita terus tertekan. udahlah begitu , ditambah pula dengan mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?

lalu, yang mana satu pilihan kita? mahu menjadi dia dalam senario 1 atau 2? kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi pilihan dan disediakan balasan.
lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana.
7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

ceria selalu... hidup berbakti...